Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Kebanyakan drpd kita hanya blh serap... Hidangan kita hanya boleh bekali kita dengan 30% daripada seluruh khasiat. Tiga puluh peratus daripada khasiat kita datang daripada nasi dan sayuran, tak banyak. […] Kita lebih byk jalankan amalan spiritual, tenaga kita akan keluar secara natural. Ia bukan daripada makanan. Jangan risau. Cepat atau lambat, kita akan mati juga. Datang ke sini untuk belajar drpd mereka Beli lebih banyak tauhu. Atau hanya masak sayur campur saja. Beli kacang dan tauhu atau protein vegan kering. Kemudian goreng kilasnya bersama dengan sedikit minyak, kemudian masukkan sayuran lain. Potong semuanya menjadi potongan dan masukkan semuanya, goreng kilas, kemudian tutup dengan penutup. Makan bersama nasi dan ada khasiat yang mencukupi. Sebelumnya apabila saya sibuk – saya sibuk dari pukul 7 pagi hingga pukul 11 malam untuk pelarian – saya makan macam itu setiap hari. Dan buah-buahan. Dan biskut vegan. Ada berbagai-bagai. Lebih daripada yang dapat kita makan. Kacang tanah dan sebagainya sangat baik juga. Kamu boleh makan itu juga. Kacang tanah lebih berkhasiat daripada stik. Orang Amerika berkata begitu. Jangan pandang rendah terhadap makanan vegan. […](Seterusnya, apabila kita beramal, ada banyak adat yang bercanggahan dengan kehidupan harian. Pertama sekali, saya tiada keraguan tentang mematuhi Lima Rukun dan mengamalkan Kaedah Quan Yin (tafakur pada Cahaya dan Bunyi Syurga dalaman). Namun, apa yang paling sukar dalam kehidupan harian saya ialah veganisme yang sudah diselesaikan. Saya juga telah temui jawapan kepada isu upacara nenek moyang di Dewan KBS. Namun, dalam buku itu, ia nyatakan, “Anda tidak harus makan makanan daripada upacara nenek moyang,” dan ada sebut kaedah pembakaran mayat bagi si mati juga. Bolehkah Guru jelaskan ini? Itu saja.) […] Kamu makan jika kamu mahu, tak mengapa. Jika peringkatmu jatuh, jangan menyalahkan saya.Apa yang saya ajar kamu, semuanya ialah kaedah rahsia amalan spiritual. Kamu tidak dipaksa untuk ikutnya. Jika kamu nak meningkat maju dengan lebih cepat, kamu perlu mengetahui rahsia yang lebih berguna itu. Itu saja. Hari ini ada beberapa orang biksu yang datang tanya saya tentang ini. Dia tidak tanya, sebenarnya. Selepas saya beritahu dia, dia kata betul itu. Kerana selepas makanan ditawarkan kpd dewa-dewi dan hantu, ia tidak berasa apabila mereka makannya tetapi terasa berat dan alami cirit-birit. Memandangkan kita ialah manusia, mengapa kita makan baki makanan hantu? Contohnya, jika kamu berikan makanan kepada orang-anjing, akankah kamu makan bakinya selepas orang-anjing telah makan? Adakah kamu makan baki makanan yang dimakan oleh mereka? Kecuali kamu sendiri nak menjadi hantu. Soalan yang begitu mudah tetapi tetap tanya. Segalanya yang saya ajarkan kpd kamu adalah untuk kebaikan kamu sendiri, bukan untuk kawal atau paksa kamu.Photo Caption: Fikiran yang Tidak Dikawal Senang Menjadi Tak Terkawal











