Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Hari ini masih 10 Ogos 2026. Saya ada banyak perkara, banyak maklumat yang diterima dan diuruskan dengan sewajarnya tetapi sekarang Raja Keamanan dapat mengatur pertemuan saya dengan Raja Alam Kan, K-A-N. Itu nama Alam Buddha-Nya. Nama Baginda, Raja Buddha, ialah Luy. L-U-Y. Oh! Selamat datang, selamat datang, Tuanku, Raja Luy. Aku mohon ampun kerana tak dapat bersama Engkau lebih awal disebabkan begitu banyak kerja lain yang datang kepada aku – maklumat yang tidak sentiasanya aku minta. Ia datang kepada aku kerana sudah tiba masanya dan semua Makhluk Syurga mengumpulkannya untuk aku selama ini. Jadi Pejabat Penerangan Syurga perlu menyampaikannya kepada aku. Hariku penuh dengan kerja. Ampunilah kami kerana begitu lewat datang berjumpa dengan Engkau. Apa khabar di planet kami? “Kami baik-baik saja.” Itu apa yang dititahkan oleh Raja. “Kami baik-baik saja. Kami telah disambut sebelum bertemu dengan Engkau juga. Semua makhluk jaga kami dengan baik dan kami sangat gembira. Janganlah risau. Oh! Aku senang hati dengarnya, Tuan. Orang-orang, orangku dan orang di planet ini, semua makhluk di planet ini akan gembira mengetahui apa maksud nama-Mu. Kerana kebanyakan Raja Buddha dikurniai dengan jenis-jenis nama yang berlainan mengikut sumpah Mereka, pahala Mereka dan roh spiritual Mereka yang sangat bermakrifat. Jadi Baginda jawab bahawa nama ‘Luy’ bermaksud ‘tidak gentar’ dan nama ‘Kan’ yang merupakan nama alam spiritual-Nya bermaksud ‘aman damai’. Wau, wau, betapa baiknya! Hanya dengar nama ini saja, kami dah tahu bahawa Alam Buddha spiritual-Mu adalah menakjubkan. Itu saja yang kita perlukan – ketakgentaran dan kedamaian. Orang-orang kami memang suka memiliki sifat-sifat itu untuk kehidupan di Bumi sini. Terima kasih kerana memakrifatkan orang di dunia ini. Oh! Seperkara lagi, Tuanku, aku ada orang-burung palma hitam yang bernama Anakhan. Adakah dia datang dari alam-Mu? Baginda bertitah, “Tidak, tidak, tidak. Dia datang dari alam lain, planet lain. Planet dari mana dia datang, namanya Ste, S-T-E. Itu planet ‘Inginkan Keamanan’. Itu nama planet itu.” Okey, Tuan, terima kasih banyak-banyak. Inginkah Engkau juga memakrifatkan kami tentang planet ini dan planet-Mu? “Ya, dah tentu,” titah Raja. Aku namai orang-burung itu Anakhan. Itu bermaksud ‘pahlawan damai’. Pahlawan damai, wau! Dia tinggalkan aku beberapa tahun yang lalu. Dia makhluk yang menawan, begitu damai dan begitu baik. Aku rindui dia juga pada bila-bila aku memikirkan dia tetapi ini hanyalah bahagian fizikal hubungan kami. Aku sudah menaikkan dia ke Kerajaan aku sendiri, Alam Baharu spiritual aku sendiri. Mrk panggilnya Alam Baharu Tim Qo Tu Dia gembira di sana. Tapi tahulah, oleh sebab aku masih berada dalam bentuk fizikal, aku mengekalkan semua emosi hidup fizikal, jadi aku masih rindui dia kadangkala terutama kerana aku tak cukup masa untuk bersama dia ketika dia masih hidup. Jadi itu buat aku terasa kekurangan sesuatu dan terasa aku seharusnya menjaga dia dengan jauh lebih baik tetapi aku ada banyak orang-burung juga dan aku menjaga mereka sebanyak boleh kerana aku begitu kasihi mereka. Tetapi kami tertanya-tanya mengapa namanya ialah ‘Inginkan Keamanan’. Mungkinkah kerana planet itu tiada keamanan sepenuh, Tuan? “Oh, ya! Tepat sekali, Tuanku, Raja Segala Raja Segala Raja Segala Raja. Kerana planet itu ialah campuran jenis-jenis makhluk yang berlainan. Sesetengahnya sangat damai dan cintai keamanan tetapi sebahagian kecil daripada populasinya dijangkiti oleh jiran berdekatan dan sering menimbulkan masalah yang tidak damai.” Oh, wau! Sayangnya itu. Tapi harap-harap mereka akan selesaikan semua isu ini antara mereka dengan negara jiran, tanah jiran atau planet jiran tak lama lagi? “Oh, ya! Mereka akan selesaikannya.” Kita harap mereka aman damai, Tuan. Raja Luy Bertitah, “Sebabnya Anakhan datang ke dalam hidup-Mu sebagai orang-burung adalah kerana lebih senang untuk hubungi Engkau dan tinggal bersama Engkau secara peribadi macam ini, kerana tak banyak anak murid atau orang lain dapat tinggal bersama Engkau di rumah atau kawasan sekitar yang sama, pekarangan yang sama. Sebabnya dia datang adalah kerana dia ingin minta Engkau supaya bantu planetnya agar ada lebih banyak keamanan.” O ya, ya! Ya, aku masih ingat akan itu. Aku ada bantu. Jadi tak lama selepas itu, mereka sudah ada keamanan sepenuh dengan gaya hidup vegan sepenuh. Kita syukur atas itu dgn Rahmat TUHAN. Amin, TUANKU, Yang MAHA Tinggi, Yang MAHA Berkuasa, MAHA Berbelas Kasihan, MAHA Pengasih, MAHA Pengampun dan MAHA Memakrifatkan bagi semua makhluk. Sekarang bolehkah Engkau beritahu kami sesuatu tentang Alam-Mu dan bagaimana Engkau datang ke sini atau dengan apa jenis kenderaan dll, dan tujuan lawatan-Mu? “Dah tentu, dah tentu, Raja Buddha Maitreya. Alam hidup kami ialah alam spiritual sepenuh. Kami tiada perkataan ‘daging haiwan’ pun seperti apa yang kalian ada di sini, di planet ini. Kami semua adalah ‘hidup kasih sayang’ sepenuhnya, seperti kalian adalah hidup vegan. Kami adalah hidup kasih sayang. Kami hidup daripada Kasih Sayang. Kami hidup daripada Rahmat TUHAN. Kami adalah kreatif dengan cara kami sendiri hanya demi hiburan. Kami tak benar-benar perlukan apa-apa. Oleh sebab alam kami sangat aman, jadi semua penghuni hidup gembira. Mereka tak perlu makan. Mereka tak perlu minum. Mereka hanya nikmati berkat spiritual sendiri dan Rahmat daripada TUHAN. Kami sentiasa berkembang maju dan begitu gembira. Kami semua gembira. Kenderaan yang kami naiki untuk datang ke sini, sebenarnya kalian tak dapat lihat dengan mata kasar. Ia betul-betul lut sinar tetapi tiada apa-apa yang dapat musnahkannya dengan seperti terlanggarnya atau menimnulkan kesusahan, tiada calar di luar pun atau apa-apa seperti itu. Kami gunakan kuasa spiritual sendiri untuk memandu kenderaan ini. Ia sangat pantas tetapi jika kalian duduk di dalamnya, kalian tidak rasai sebarang pergerakan. Itu seolah-olah kalian duduk di ruang tamu, di rumah kalian di Bumi.” Wau, itu bagus! Itu memang bagus. Jika kami di sini boleh milikinya, aku akan gunakannya pada bila-bila saja kerana badan fizikal adalah rapuh, mudah terjejas. Selalunya apabila aku buat perjalanan, terasa terganggu kerana kereta bergerak, kadangkala berhenti dan bermula semula, mengganggu samadhiku ketika aku duduk bermeditasi di dalam kereta pun. Dan juga, di sekeliling kami, apabila aku buat perjalanan, contohnya, ada begitu banyak kereta di sekeliling dan tenaga yang berbeza bergerak sepanjang masa. Di dalam pesawat pun, pesawat tak sentiasa ada jenis penerbangan yang lancar ini. Kadangkala ia mengejutkan aku daripada samadhi atau kesenyapanku. Adalah menyusahkan selepas aku mendarat. Aku perlu berehat tetapi kadangkala aku tak dapat berehat. Aku mesti segera pergi bekerja, sama ada melawat pusat meditasi anak murid, bermeditasi bersama mereka, bercakap dengan mereka atau apa-apa saja kerja yang lain – kerja duniawi. Aku harap kami dapat miliki kenderaan seperti apa yang Engkau miliki. Mungkin suatu hari nanti, Tuan? “Oh, ya!” Raja bertitah, “Oh, ya! Di Alam Baharu Spiritual Tim Qo Tu-Mu, Engkau ada kelengkapan yang lagi baik, teknologi yang lebih baik daripada ini tetapi Engkau perlu menjadi biasa dengan ciptaan dan teknologi kasar planet ini. Aku pasti Engkau rasa sangat tidak selesa kadangkala.” Oh, ya, Tuan! Dah tentu, dah tentu. Tapi apa yang nak dibuat? Apa yang nak dibuat? Kita semua perlu menahannya. Aku gembira dengan Engkau bawa kerajaan mini-Mu bersama Engkau, jadi Kau rasa seperti di rumah di dunia kami. Photo Caption: “Hidup dengan Kasih Sayang dan Kemegahan Syurga Sambut Setiap Subuh Baharu dengan Masa Depan yang Cerah, Ceria”











