Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Nama Guru Palsu yang Perlu Diketahui Dunia, Bahagian 5 daripada 5

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Mereka (orang) dilahirkan dengan idea sebegini, jadi tak dapat berubah dgn begitu cepat atau senang. Aku tak menyalahkan mereka, Tuhanku. Aku hanya berasa kesal dengan aku tiada cara dan sumber yang mencukupi untuk bantu mereka. Aku dapat bantu mereka sikit secara senyap tetapi bukanlah mereka dapat bantu diri sendiri, menjadi bermakrifat dan kenali Engkau, Tuhan Yang Maha Berkuasa, dan nampak semua alam indah yang Engkau cipta untuk mereka. Mereka dah akan begitu gembira dalam hayat ini.

Aku hanya cuba bersungguh-sungguh dengan segalanya yang boleh, dengan Supreme Master Television juga supaya mungkin ia akan menyedarkan seseorang, sesetengah anak-Mu di sesuatu sudut di sesuatu tempat, atau bantu mereka sikit pada waktu benar-benar susah terutama pada akhir zaman ini!

Satu orang tak dapat buat banyak tetapi aku juga bersyukur kepada Engkau kerana mengutus malaikat dan orang mulia yang bekerja di luar lingkunganku. Mereka membantu kanak-kanak, anak yatim, orang-haiwan, mangsa perang dan sebagainya, tetapi masih tak cukup. Dunia ini bukanlah Syurga, Tuhanku. Dunia ini ialah separuh neraka dan orang begitu banyak diracun oleh tenaga dan kegelapan dunia ini, sangat sukar untuk menyedarkan mereka.

Aku buat sebaik yang boleh. Walaupun aku ada anak murid, aku tak nampak banyak drpd mereka juga kerana dunia ada lapan bilion orang, dan berapa banyak anak murid yang aku ada? Engkau tahu akannya. Aku harap pengikutku yang memuja Engkau adalah lapan bilion dan lebih! Semua orang di sini harus memuja Engkau saja! Hari ini, orang ada alat yang sangat mudah untuk meninjau ada apa di internet. Banyak benda di dalamnya memikat mereka, buruk atau baik! Jadi kami hanya buat sebaik yang boleh untuk membuat siaran Supreme Master Television.

Aku tak cukup tenaga manusia, Tuhanku yang dikasihi. Engkau tahu akan itu, Tuan. Kerana mereka semua sibuk dengan kerja duniawi untuk mencari rezeki dan menandingi jiran. Jadi mereka ada masa yg sangat sedikit, kemudian mereka perlu menjaga keluarga, perniagaan, kerja, kemudian anak mereka, dan anak mereka membawa lebih banyak anak dan… Anak mereka membawa lebih banyak cucu dan tiada penghujungnya. Tiada penghujungnya. Meskipun dah tua dan bersara, mereka perlu menjaga cucu kadangkala supaya anak mereka dapat bekerja dan pergi bercuti atau buat apa-apa saja. Dah tentu, datuk nenek suka akan itu – suka ada cucu. Kemudian mereka akan menjaga taman, berjalan keluar ke pantai, pergi bercuti atau pergi melawat kawan, pergi melawat anak, atau anak melawat mereka. Engkau dapat lihatnya. Begitu sibuk di mana-mana pun. Aku tiada banyak kakitangan. Tak sebanyak yang ingin aku ada. Namun, aku bersyukur kepada Engkau atas pasukanku yang berdedikasi. Aku cuma harap mereka boleh ada lebih banyak masa untuk berehat, nikmati lebih banyak meditasi. Aku kasihi mereka dan rasa bersimpati dengan mereka. Tolonglah berkati mereka, Tuhanku.

Aku bekerja keras sekali juga, jadi Trần Tâm ini, aku tidak perasannya. Aku tidak perasan siapa buat apa. Aku hanya terlalu sibuk buat kerjaku. Engkau tahu akan itu, Tuhan. Engkau tahu akan itu. Engkau tahu aku sentiasa bercakap benar dengan Engkau kerana aku takut kepada Engkau, dah tentu. Aku tak maksudkan takut yg keterlaluan. Maksudku, aku tahu bahawa Engkau tahu akan segalanya. Lagipun, Alam Semesta ini adalah telus, jadi apa-apa pun yang kami buat, semuanya direkodkan – semuanya dilihat semuanya didengari, semuanya diketahui, semuanya dikenal pasti, cuma sesetengah makhluk yang jahil tidak memahami itu, atau semua syaitan tak peduli kerana mereka ingat mereka dapat hidup selama-lamanya dengan sedikit kuasa yang mereka ada. Oh! Suatu hari nanti, mereka akan tahu bahawa bukan macam itu. Aku tidak menyalahkan mereka juga, Tuhan yang dikasihi. Mungkin mereka baik untuk seseorang, menguji kepercayaan seseorang kepada Tuhan; menguji makrifat mereka di dalam; menguji kesucian mereka dalam fikiran separa sedar, dalam jiwa, dalam minda mereka, sama ada mereka cukup suci untuk mengenal yang buruk drpd yang baik atau tidak, dan terus percaya kepada Tuhan, berdoa kepada Tuhan untuk bimbingan, bergantung pada Tuhan untuk makanan dan bersyukur kepada Tuhan atas segalanya yang mereka ada. Cuma mereka telah terperdaya.

Tolonglah, Tuhanku, ampuni kami. Ampuni mereka. Jika Engkau perlu salahkan seseorang, maka salahkanlah aku seorang saja kerana aku tak cukup kuat, tak cukup berupaya, tak cukup masa untuk meyakinkan setiap daripada anak-Mu supaya kembali, ingat akan Engkau. Salahkanlah aku seorang saja, Tuhanku. Rasa kesal, bersimpati dengan manusia dan makhluk lain. Orang-haiwan memahami segala-galanya. Orang-haiwan liar pun, jika kita bantu mereka, mereka rasa terhutang budi dalam hati dan rasa terima kasih mereka tiada penghujungnya. Seperti orang musang dan -burung, saya beri makan kpd mereka di sana sini, di mana-mana pada bila-bila saja boleh dan rasa begitu kesal dgn aku tak dapat terus beri makan kepada mereka. Aku sentiasa memohon maaf dan sampaikan kasih sayang kpd mereka. Sedikit saja pun, atau apa-apa pun, mereka tak pernah lupa.

Aku tak tahu mengapa manusia begitu buta, begitu pekak dan begitu bisu dengan tenaga spiritual dan pengetahuan spiritual sehingga Engkau perlu kerap menghantar Anak-Mu, Wakil-Mu turun ke Bumi saja, hanya bercakap tentang Bumi saja, begitu banyak tetapi Mereka masih belum menyedarkan semua manusia dan mereka perlu dibakar api neraka. Oh, begitu banyak menghukum di neraka sehingga aku tak berani terlalu kerap lihatnya pun kerana aku akan begitu banyak menderita menerimanya, begitu banyak rasai kesakitan mereka yang melampau! Aku dah begitu banyak menderita, neraka di Bumi, apabila melihat orang-haiwan begitu banyak diseksa, dianiaya dan dibunuh macam itu serta manusia dalam peperangan, kanak-kanak yg tak berdosa dicederakan, bayi dicederakan, malah sebelum dilahirkan lagi. Kanak-kanak dan orang dewasa tercedera, menjadi cacat, menjadi kurang upaya, lelaki dan wanita muda yang menawan pulang ke rumah dengan kehilangan anggota badan dalam peperangan kejam, sukar untuk menjaga isteri dan anak mereka. Ibu bapa perlu lihat anak mereka pulang ke rumah dari peperangan, kehilangan segalanya yang mereka lihat dalam diri mereka sebelumnya – hilang akal, kehilangan kelakuan normal, malah berbuat salah kerana perang buat mereka menjadi gila. Segala kejadian macam ini… Aku tak dapat kata dengan secukupnya.

Tuhan yg dikasihi, Engkau tahu akan segalanya. Aku tahu aku asyik beritahu Engkau semua ini. Aku mohon ampun. Engkau tahu akan segalanya. Ampunilah aku kerana bercakap terlalu banyak tetapi hatiku begitu sakit. Aku tak boleh tak bercakap dgn Engkau. Maka aku nak bercakap dengan siapa? Aku dah memberitahu dunia apa yg Engkau mahu aku memberitahu. Tolonglah, jika mereka masih ada sebarang harapan, bantulah mereka dan bantu mereka faham bahawa Tuhan ialah satu-satunya tempat berlindung; Guru sebenar ialah satu-satunya penyelesaian untuk mereka mendapat pembebasan. Aku boleh bercakap selama-lamanya tetapi aku tak tahu berapa banyak orang dengar, atau mereka tak dengar; sama ada mereka lihat, atau mereka tak nampak apa-apa pun melalui mata fizikal, dan minda dan fikiran separa sedar mereka telah disekat. Perkara begitu mudah. Kanak-kanak pun memahaminya tetapi banyak manusia tak faham. Oh, Tuhan yang dikasihi! Kadangkala aku juga berasa letih dengan dunia ini.

Tolonglah aku, berkati aku untuk menjadi kuat dan meneruskan misi yang Engkau berikan kepada aku, dengan segala penghormatan, rasa syukur rendah diri dan taubat. Aku tak benar-benar tahu berapa baik aku membuat kerjaku. Aku tak tahu berapa baik aku buat sebelumnya atau sekarang. Aku tak pernah rasa cukup. Jadi ampunilah aku, Bapaku yg dikasihi. Oh, aku terlupa! Aku asyik bercakap dengan Engkau, terlupa akan semua anak-Mu.

Tolonglah, sesiapa yang dengar di dunia, saya beritahu anda dengan jujur. Tolong dengar. Saya takkan berani membohongi anda kerana anda ada Tuhan di dlm diri anda dan Tuhan dengar kata-kata saya. Sebenarnya, Tuhan cakap melalui saya. Saya meminta Tuhan supaya tolong bercakap melalui saya kerana saya tak tahu bagaimana mengungkapkan ini. Segalanya yang saya beritahu anda adalah daripada Kuasa Tuhan yang bercakap melalui saya, bukan badan ini bercakap dengan anda.

Baiklah. Saya ucapkan selamat sejahtera kepada anda sekali lagi. Semoga anda menjadi lebih bermakrifat. Semoga anda bebas daripada perhambaan dunia ini. Semoga anda bebas daripada pengaruh buruk kuasa negatif. Semoga anda mengenali Tuhan – itu perkara terbaik. Itu perkara terbaik yang boleh saya harapkan untuk anda. Itu perkara terbaik yang boleh saya bantu anda jika anda benarkan, jika anda datang kepada saya. Saya akan buat segalanya yang boleh untuk bantu anda mengenali Tuhan. Itu agak senang sebenarnya. Semua anak murid saya tahu akan itu. Itu semudah anda bernafas, semudah anda bercakap, semudah anda masukkan tangan ke dalam kocek dan keluarkan sehelai kertas tisu. Begitu senanglah utk mengenali Tuhan, cuma anda tidak datang ke tempat yang betul. Saya harap anda akan datang ke tempat yang betul, mana-mana pun itu. Jika sesiapa dapat tunjukkan Tuhan kepada anda, saya berterima kasih kpd mrk untuk anda.

Cubalah cari Tuhan. Puji Tuhan, bersyukur kepada Tuhan dan cuba mencari Tuhan. Terima kasih, Tuhan, kerana mengampuni kami, kerana masih berkati kami dan kerana cuba gunakan badanku, diriku, rumah ibadatku untuk bantu anak-Mu. Aku bersyukur atas keistimewaan itu dan atas segala Kuasa yang Engkau curahkan pada aku setiap hari. Terima kasih, Tuan. Terima kasih, Tuan. Syukur kpd Engkau, Tuhan Yg Maha Berkuasa. Semoga Engkau gembira dgn kami juga, perlahan-lahan atau suatu hari nanti. Amin. Aku, kami semua cintai Engkau, Tuhan!

Photo Caption: Bersinar dengan Segala Kecantikan.

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (5/5)
1
2024-08-02
7603 Tontonan
2
2024-08-03
4574 Tontonan
3
2024-08-04
4060 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android