Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Suntikan Tanpa Kesakitan untuk Pesakit Diabetes, Bahagian 3 daripada 3

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Ketika saya di Sepanyol banyak tahun yang lalu, salah satu gigi saya sakit dan saya pergi jumpa doktor. Saya sudah berada di atas kerusi doktor gigi, sedia untuk doktor membaiki gigi saya. Pada bila-bila saja saya pergi jumpa doktor gigi, bukan kali itu saja tetapi kali lain – banyak kali, pada bila-bila saja – dan pejabat doktor gigi yang lain juga, atau mana-mana doktor, saya membawa hadiah seperti kudapan vegan dan buah-buahan segar, agak banyak, kerana saya rasa mereka bekerja keras sekali, doktor, jururawat dan sebagainya. Jika saya kebetulan berada di hospital atau jumpa doktor, saya ingin menunjukkan rasa terima kasih atas kerja susah yang mereka pelajari untuk dibuat di universiti dan pada waktu latihan amali dan juga waktu menjalankan rawatan. Mereka sangat rajin. Mereka menyelamatkan nyawa, mengurangkan kesakitan dan membuat hidup kita selesa.

Meskipun anda menghukum diri, membuat diri sakit disebabkan makan makanan yang buruk seperti daging orang-haiwan yang dibunuh dan segala jenis benda – arak, dadah, rokok dan sebagainya – mereka tak kisah. Mereka sentiasa cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan anda, buat anda sembuh dan lebih selesa. Mereka tak pernah menolak anda kerana anda makan makanan yang buruk, mengambil dadah atau apa-apa seperti itu. Tapi tolonglah, jaga diri baik-baik. Jauhi segala mudarat yang saya sebut tadi ini, dan lebih banyak lagi. Arak, dadah, rokok atau sebarang benda yang lain seperti itu terutama daging orang-haiwan yang dibunuh atau haiwan liar yang diburu, diganasi seperti orang-rusa atau -musang. Semua ini ialah racun kepada badan suci, murni anda yang merupakan rumah ibadat TUHAN dan Buddha. Jagalah diri baik-baik.

Jadi pada masa itu, saya berbaring di atas kerusi. Saya menunggu ubat bius atau sesuatu seperti itu memberi kesan. Saya ada beli buah-buahan, banyak buah, jenis-jenis buah eksotik dan baik yang berlainan dari pasar, dari pasar tepi jalan semasa kereta saya berlalu. Saya sentiasa nak bantu orang-orang ini juga. Mereka hanya ada penutup plastik, kepingan plastik yang kecil di atas kepala mereka dan menjual buah-buahan sendiri di jalanan. Jadi saya sentiasa rasa sangat bersimpati dan beli dengan banyak daripada mereka. Saya juga beli kudapan vegan dari pasar terlebih dahulu. Jadi saya berikannya kepada klinik itu, kaunter penerimaan. Jadi saya tanya doktor sementara saya masih boleh bercakap. Saya kata, “Doktor, adakah kamu seronok nikmati kudapan dan buah-buahan yang saya beli?” Dia kata, “Tidak, terima kasih,” tetapi dia belum boleh makannya kerana dia belum menerima suntikan insulin untuk diabetesnya. Saya kata, “Oh! Saya turut bersimpati, tetapi kamu boleh makan selepas itu.” Dia kata, “Ya, hanya apabila saya ada insulin baru boleh saya makan.” Saya kata, “Kamu perlu suntik diri sendiri hari ini?” Dia kata, “Tidak, setiap hari, setiap hari.” Saya kata, “Tapi bgmn kamu buat begitu? Di bahagian mana kamu lakukan semua suntikan itu setiap hari?” Dia kata, “Ya, hari ini di bahagian pusat perut.”

Ya Tuhan! Apabila saya dengar itu, saya lompat turun dari kerusi doktor gigi ke atas lantai dan pergi ke tempat dekat pintu di mana dia berdiri dan menyediakan benda. Saya memeluk dia dan air mata saya bercucuran. Saya kata, “Ya Tuhan! Doktor yang kesian, kamu sakit teruk macam ini tetapi masih perlu bekerja setiap hari, malah menjaga isteri dan anak.” Saya tahu dia dah ada dua orang anak. Saya kata, “Ya Tuhan, hidupmu begitu susah! Saya turut bersimpati.” Dia kata, “Tak apa-apa, saya dah biasa dengannya. Ini seumur hidup, tak dapat elakkannya.” Saya kata, “Ya Tuhan, saya harap suatu hari nanti ahli sains perubatan akan menemui lebih banyak lagi ubat atau cara memberi ubat yang berbeza dan lebih baik supaya kamu tak perlu menderita macam ini setiap hari.” Saya kata, “Saya tak dapat bayangkan saya boleh tahan jika saya ialah kamu.” Dia berkata kepada saya, “Oh! Kamu naiklah ke atas kerusi sekarang juga. Jika tidak, mungkin kamu akan jatuh.” Jadi saya naik ke atas kerusi itu, masih menangis dalam hati saya juga.

Beberapa tahun selepas itu, saya mengangkat orang-anjing saya. Saya sudah beritahu anda. Yang ini, namanya, saya tak nak katakan, jadi biar kita panggil dia T-Y saja. Pada asalnya, namanya berlainan, tetapi dia agresif, jadi saya tukar namanya untuk buatnya menjadi lebih lembut tetapi itu tidak membantu. Selepas dia alami isu diabetes ini, saya meninjau dan mendapati bahawa dia melakukan segala perbuatan agresif ini – gigit orang dan orang-anjing lain dan sebagainya – supaya dia ada karma yg cukup buruk utk alami diabetes. Jika tidak, dia takkan hidapinya. Sebab dia ingin mendapat penyakit diabetes ini, maksud saya penyakit, adalah kerana dia ingin bantu orang-anjing lain, orang-haiwan kesayangan lain, orang-haiwan lain yang akan mendapat diabetes dan manusia yang hidapi diabetes juga untuk mengetahui kaedah tanpa jarum yang tersebut di atas ini! DIA DAPAT TAHU HASRAT SAYA DAN INGIN BANTU BUATNYA MENJADI KENYATAAN BAGI MENYENANGKAN SAYA!!!....

Ya Tuhan! Saya hampir pengsan. Saya kata, “Ya Tuhan, kau begitu kecil. Engkau tak perlu melakukan ini. Engkau tak perlu! Sekarang aku rasa begitu susah hati. Aku rasa begitu susah hati dengan engkau perlu begitu banyak menderita, dan sekarang malah tak dapat lihat ke mana engkau tujui. Ya Tuhan! Engkau tak tahu betapa susah hatinya aku.” Saya minta TUHAN, “Tolong pindahkan semua karmanya kepada aku. Aku tidak mahu dia menderita. Dia hanyalah orang-anjing Tolonglah.” Tetapi TUHAN tidak izinkan itu kerana itu kehendaknya sendiri, kemahuan bebasnya sendiri. Ya Tuhan! Banyak orang-haiwan juga membuat pengorbanan untuk bantu manusia yang jaga mereka atau kawan haiwan mereka dan manusia lain yang baik hati. Ya Tuhan! Sesetengah manusia juga turun ke Bumi dengan niat, kesanggupan untuk menderita dengan cara-cara yang berlainan bagi membantu manusia lain, membuat ahli sains mencari ubat untuk manusia lain yang hidapi penyakit yang sama, misalnya macam itu. Kita terhutang segalanya kpd semua makhluk, cuma kebanyakan daripada kita tak tahu.

Dia sangat mulia dan saya harus memuji dan menghargai dia tetapi melihat dia menderita dan takut macam itu, saya rasa begitu hancur hati. Saya harap saya boleh tanggung semuanya untuk dia. Kita manusia lebih senang utk cari benda bagi melupakan kesakitan, atau saya boleh cakap dgn doktor dgn lebih senang. Jadi saya berkata kepada TUHAN, “Tolong jangan, tolong hentikannya. Tolong hukum aku sebaliknya. Dia hanyalah orang-anjing. Dia hanyalah orang-anjing yang kecil.” Saya tak dapat bercakap tentang ini lagi kerana saya tercekik dan sakit leher. Maksud saya, ia mencekik tekak saya. Kita bersyukur kepada TUHAN atas makhluk begitu pemurah yang wujud di Bumi kita. Tetapi sayangnya kebanyakan manusia tidak faham, malah timbulkan kesusahan yang lebih teruk untuk dunia ini dgn wujudkan lebih banyak penderitaan untuk penghuni bersama mereka, manusia dan makhluk lain.

Saya harap maklumat saya akan bantu byk orang-haiwan kesayangan anda tidak kira apa jenis. Sesiapa yang boleh gunakannya akan rasa lebih selesa. Jika anda ada, contohnya, orang-kucing yang kecil, anda takkan ada ruang yang mencukupi pada kulitnya untuk berikan ubat dengan jarum suntik setiap hari, satu atau dua kali sehari. Maaf, saya terlalu penuh emosi, terlalu penuh emosi. Saya cuma harap anda semua selamat sejahtera, TUHAN akan berbelas kasihan terhadap anda dan anda akan berbelas kasihan terhadap diri sendiri, menjauhi segala benda beracun yang saya beritahu anda tadi, iaitu daging orang-haiwan, dadah, arak, rokok dan sebagainya. Anda tahu, anda tahu. Okey. Saya akan bertenang sikit. Baiklah

Anda tahu planet kita tidak kekurangan sumber. Ia sangat, sangat kaya dengan segala jenis logam, segala jenis benda bermanfaat di seluruh planet dan ada makanan yang mencukupi untuk diberi makan kpd banyak planet – jika kita tidak gunakan wang untuk saling membunuh atau memusnahkan hutan, sungai, laut dengan segala jenis racun daripada menternak orang-haiwan bagi dibunuh untuk makanan. Saya tiada masa yang mencukupi untuk memberitahu, menyenaraikan semua perkara yang tidak harus kita lakukan terhadap planet ini. Kita harus saling menjaga, saling menyayangi seperti sebuah keluarga. Kita ada terlalu byk benda utk dimakan, untuk digunakan, untuk hidup lama – sihat, ceria dan bermakrifat. Tapi kita gunakannya dgn terlalu banyak cara yang tak betul, berbeza. Anda tahu akan semuanya. Saya tak nak terlalu banyak bercakap tentang perkara negatif lagi. Apa gunanya? Saya tak tahu berapa banyak orang dengar Baiklah. Cubalah menjadi baik, pemurah, berbelas kasihan, penyayang dan baik hati, maka segalanya yang terbaik yang TUHAN kurniakan kepada manusia dan semua makhluk akan dapat anda manfaatkan untuk diri sendiri, keluarga, anak kecil, cucu anda dan sebagainya. Apa-apa yang buruk yang anda lakukan untuk memudaratkan orang lain akan berbalik kepada anda. Jika bukan sekarang, maka dalam hidup selepas mati atau hayat seterusnya. Kita tak boleh terlepas daripada sebarang akibat perbuatan tak berkasih sayang yang kita lakukan.

Tolonglah, TUHAN, bantu semua makhluk di planet ini. Kami kasihi Engkau. Mungkin kasih sayang terlalu tipis, terlalu sedikit, tapi mrk memang ada cuba, kerana mereka terlalu sibuk – mereka asyik dengan begitu banyak perkara cemas untuk terus hidup, TUAN. Ampunilah kami. Kasihilah kami. Ampunilah kami. Tolonglah, kami tidak mahu lagi planet sebegini di mana kami perlu lahir semula lagi. Buatlah semua tempat jadi Syurga, TUAN buat Bumi baharu, dunia baharu, peraturan baharu. Syukur kepada Engkau, TUANKU. Syukur kepada Engkau, Satu-satunya Ibu Bapa semua makhluk. Semoga Engkau sejahtera juga, TUAN. Amin.

Photo Caption: “Senyum untuk Mencerminkan Kegembiraan Hati”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (3/3)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-09-24
2029 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-09-25
1698 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-09-26
1476 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-09-26
1476 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-09-25
778 Tontonan
Teknologi Zaman Keemasan
2026-09-25
780 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-09-25
1698 Tontonan
Filem Pendek
2026-09-25
961 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-09-24
970 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-09-24
971 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun