Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Adakah Engkau dapat menyelamatkan lebih banyak roh ke Alam Buddha-Mu baru-baru ini, Tuan? Katakan tahun lalu hingga sekarang. Boleh Engkau beritahu kami? “Oh, pasti! Kami akan beritahu Engkau, cuma amat dikesali, kami tidak menerima roh baharu dalam masa ini tetapi harap-harap akan ada lebih banyak makhluk bebas yang akan datang tinggal di planet kami – di alam spiritual kami. Planet kami tak bersifat fizikal lagi. Sejak hari aku binanya, ia spiritual sepenuhnya hingga sekarang. Kami ada populasi roh yang suci, berdedikasi dalam bilangan… Itu 60 juta 500 ribu lebih. 60,500,000 dan sebagainya, roh suci yang mengikut aku sejak hari aku menjadi Buddha. Aku telah menjadi Buddha sejak sangat, sangat lama dahulu di dunia fizikal. Itu bilangan orang yang mengikut ajaranku dan berada di bawah didikanku. Aku telah mengajar mereka selama ini hingga sekarang. Ini termasuk saudara-mara, kawan dan orang tersayang mereka, malah orang-haiwan kesayangan mereka, kerana sesiapa yang mengikut dan belajar di bawah Kuasa Lindungku, saudara-mara, kawan dan banyak generasi mereka juga diberi keistimewaan untuk datang tinggal bersama kami. Mereka yang dari neraka yang dalam pun akan diselamatkan dan dibawa ke Alam kami juga.” Wau, wau, wau! Wau! Semua Buddha ialah Wira terbesar di Alam Semesta. Aku amat berterima kasih kepada Engkau dan Rahmat Tuhan demi roh-roh yang bertuah ini. Tolong jangan lupakan makhluk yang lemah, tidak berdosa, menderita di mana-mana saja yang percayai Tuan. “Oh! Tidak, kami takkan lupakan mereka. Kami takkan lupakan mereka. Kami akan terus menyelamatkan, sucikan dan bebaskan mereka, Tuan.” Terima kasih. Terima kasih, Tuan. Akankah mana-mana drpd orang kami di Bumi berpeluang untuk begitu bertuah berada di bawah berkat-Mu dan menjadi penduduk di alam spiritual-Mu pada bila-bila saja, Tuan? “Oh, dah tentu, dah tentu! Kami datang ke sini melalui hubungan dengan Engkau untuk menyebarkan Berkat kepada sesiapa saja yang jalani kehidupan yang baik, suci, tidak membunuh, tidak mencuri, tidak mengkhianati negara mereka yang berpentadbiran baik, keluarga mereka, orang tersayang mereka dan menjadi contoh hidup orang yang suci – seperti mereka tidak membunuh, tidak ambil bahagian dalam pembunuhan mana-mana makhluk lain, tidak makan daging mereka dan mendedikasikan jiwa mereka untuk tujuan pulang ke Rumah sendiri di Syurga, termasuk kami, termasuk Rumah kami. Setiap Rumah Buddha hanyalah sebahagian daripada Syurga penuh kemurahan yang luas yang boleh sesiapa pun datang jika mereka berdedikasi semata-mata untuk tujuan itu – untuk jalani kehidupan yang suci di sini dan di akhirat. Begitu juga di Alam Buddha kami – jika sesiapa begitu ikhlas, murni ingin menjadi bebas daripada tenaga cengkam dunia ini, memanggil namaku, mengingati nama Alamku, meminta pembebasan, maka kami akan datang jemput mereka. Kami tak perlu datang. Kami boleh gunakan kaedah khas untuk bawa mereka ke dalam alam kami.” Wau, itu sangat bagus! Itu sangat bagus. Aku harap orang di dunia dengar nasihat-Mu, menerima kemurahan hati dan berkat-Mu serta mengingati nama-Mu dan planet-Mu yang begitu indah, begitu indah. Kita dapat lihatnya dari jauh. Air yang jernih, orang-burung yang berwarna-warni, padang rumput dan bunga menjadi cerah dengan segala Cahaya berkat-Mu. Orang begitu gembira. Mereka tak tahu bagaimana mengeja perkataan ‘duka’. Setiap orang ada kediaman sendiri. Rumah mereka seperti istana dan semuanya lut cahaya. Tetapi ini tak bermakna kita tiada privasi. Segalanya menakjubkan. Adalah sukar untuk jelaskan dan gambarkannya pun. Orangmu tidak perlukan sebarang kenderaan pun untuk buat berjalanan di alam spiritual mereka sendiri. Mereka hanya fikirkan sesuatu tempat dan sudah berada di sana dengan serta-merta, hampir dengan serta-merta. Itu serta-merta kerana alam spiritual-Mu tiada had masa dan ruang. Itu membuat semua roh di Alam Semesta iri hati, mereka yang bebas untuk datang dan pergi melawat Alam Buddha-Mu kerana Alam-Mu tidak melarang sesiapa pun. Cuma kekotoran yang setiap orang kumpulkan dalam hidup yang lebih rendah membatasi mereka daripada pergi ke mana-mana dan melawat Alam yang begitu suci seperti Alam-Mu. Suatu hari nanti, Tuan, dalam masa bereon-eon, mungkin semua roh akan alami apa yang orang-Mu alami di Alam Buddha-Mu, dalam Rahmat TUHAN. Amin. Raja juga mengulang, “Amin.” Semua anggota rombongan-Nya juga mengulang, “Amin,” bersama-sama selepas Raja. Bunyi mereka macam muzik bagi telinga kita jika kita dapat dengarnya. Suara yang begitu merdu, sedap sehingga semua penyanyi di dunia kita ingin milikinya. Jarak dari tanah kami ke Alam Buddha-Mu (Alam Baginda Raja Ye), Engkau titah, adalah 91 zilion dan banyak nombor selepas itu, jika aku ingat dengan betul. Betul tak itu, Tuan? “Oh! Ya, dah tentu, dah tentu. Kami tidak mahu bebani Engkau dengan terlalu banyak nombor, jadi biar kita hanya kata nombor utama ialah 91 zilion lebih, dan sebagainya.” Terima kasih, Tuan. Dan Engkau ambil masa berapa lama untuk datang berjumpa dengan kami, jarak yang begitu jauh? “Oh, 91 zilion tahun cahaya!” Ya, dah tentu, itu tak dapat dibayangkan bagi orang di Bumi faham. Wau! Tak hairanlah apabila Buddha Shakyamuni memperkenalkan Alam Buddha, Baginda sentiasa berkata bahawa jaraknya lebih 10 kali ganda bilangan pasir Sungai Ganges. Wau! Terima kasih kerana memakrifatkan kami, Tuan, bahawa ada makhluk lain di Alam Semesta, bukan manusia saja. Terdapat lebih banyak Alam yang menakjubkan di merata tempat, dari dekat dan jauh di mana orang hidup dalam kebahagiaan, kebebasan, kegembiraan dan jiwa bermakrifat sepenuh. Ini impian semua roh, tinggal di salah satu Alam Buddha itu. Baginda Raja Ye bertitah bahawa nama-Nya bermaksud ‘popular’. Itu sumpah-Nya sebelum menjadi Buddha, masa bereon-eon dahulu. Baginda tidak maksudkan Baginda ingin menjadi popular, cuma Baginda ingin dikenali di merata tempat supaya Baginda boleh ada afiniti dengan semua makhluk, sebanyak mungkin, dan berkati mereka, mengajar mereka dan menyelamatkan mereka daripada cengkaman kejahilan dan kawalan negatif. Dan nama Alam Buddha-Mu (Py) bermaksud ‘musim bunga sepanjang tahun’, betul, Tuan? “Oh! Ya, memang macam itu. Oleh itu, alam kami tidak pernah ada cuaca buruk kecuali musim bunga. Indah, sederhana, selesa dan sangat nyaman, tenaga yang sangat memudakan semula sepanjang masa supaya kami dapat hidup selama-lamanya.” Wau, wau! Wau! Orang di bumi, adakah anda dengar itu? Adakah anda dengar itu? Bukankah bagus jika dunia kita menjadi macam itu. Saya harap segala usaha saya akan membuahkan hasil, agar semua makhluk di planet ini boleh menjadi makhluk yang pemurah, berbelas kasihan, suci. Dengan kuasa itu, kita dapat mengubah dunia ini menjadi Alam Buddha – sama seperti Alam Baginda Raja Ye Alam Py. Jika anda percaya bahawa terdapat sebelah positif Alam Semesta yang pemurah, berbelas kasihan, bersifat melindungi dan memakrifatkan, maka ikutlah nasihat Baginda Raja Ye. Lafazkanlah nama-Nya siang dan malam. Sucikan diri anda dalam pertuturan, perbuatan dan pemikiran supaya anda boleh cukup disucikan, cukup bertuah, cukup diberkati untuk dilahirkan semula di Alam megah ini. Semoga anda bertuah dan mendapat berkat daripada MAPA kita, TUHAN Yang Maha Berkuasa. Amin. Raja ingin berikan hadiah kepada saya. Oh! Terima kasih, Tuan. Aku terima dengan rendah diri dan rasa terima kasih. Hadiah ini ialah Baginda berkongsi pahala dan berkat-Nya supaya saya juga akan menjadi popular dan hidup selesa seperti musim bunga sepanjang masa. Oh! Terima kasih, terima kasih. Terima kasih, Raja pemurah. Dalam hati saya, saya sentiasa berharap agar TUHAN… Banyak Raja yang lain sentiasa berharap saya mendapat kasih sayang, menjadi terkenal dan sebagainya. Tetapi saya sentiasa berharap TUHAN akan menjadi Yang Dicintai TUHAN akan menjadi Yang Diberkati, TUHAN akan menjadi Yang Dipuja, TUHAN akan menjadi Yang Dipuji. TUHAN harus menjadi yang kita doa untuk-NYA, dan banyak sifat yang lain, semuanya harus menjadi milik TUHAN. Walaupun TUHAN sudah miliki semua itu, namun saya harap lebih banyak lagi, lebih banyak lagi, sebarang bilangan, sebarang jumlah, sebarang sifat harus diberi kepada TUHAN kerana TUHAN ialah Ibu Bapa kita. TUHAN begitu Pengasih dan Pemurah – melahirkan roh kita, menyuburkan kita dan biar kita bebas memilih. Jadi mulai sekarang, saya harap anda semua akan memilih kewajaran, belas kasihan, kebaikan hati, perlakukan semua makhluk di sekeliling anda dengan itu. Maka anda akan menjadi Santo, Buddha. Dengan adanya semua sifat ini, anda ialah Buddha. Buddha Shakyamuni berkata bahawa Baginda ialah orang yang sudah menjadi Buddha dan anda semua akan menjadi Buddha, boleh menjadi Buddha. Jadi percayailah itu dan hidup mengikut cara Buddha, cara suci, cara Tuhan. Saya harap TUHAN mendapat hadiah menjadi popular ini supaya orang akan tertarik kepada TUHAN seperti magnet dan menjadi diberkati, menjadi suci, bersifat TUHAN semula. Syukur kepada Engkau, Tuan. Amin. Raja dan semua anggota rombongan-Nya berkata ‘amin’ juga. Jadi semoga hasrat saya menjadi nyata. Photo Caption: “MATAHARI ialah Hati Besar, Penuh dengan KASIH SAYANG dan CAHAYA”











