Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Akhiri Peperangan Tersembunyi Ini Maka Semua Peperangan akan Berakhir, Capai Keamanan Dunia Sebenar yang Berkekalan, Bahagian 5 drpd 9

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Anda asyik minta saya bercakap kerana dah lama saya tidak bercakap. Tuhan tidak mahu saya bercakap dengan anda lagi, hingga kini. Saya tahu jika saya bercakap, saya takkan banyak hilangkannya kerana hati saya begitu hancur dan tiada cara untuk pulihkannya. Tetapi anda asyik minta saya buat begitu, jadi saya bercakap. Saya memenuhi permintaan anda kerana anda anak murid Tuhan saya dan saya janji akan jawab apa-apa saja yang boleh. Sejak permulaan misi saya, saya sudah jawab banyak soalan anda: soalan buruk, soalan baik, soalan mengkritik, soalan memuji. Segalanya telah saya buat untuk anda.

Jadi ini satu kali lagi kita bersama, saya beritahu anda perkara yang anda semua dah tahu. Kanak-kanak pun, anak anda yang telah saya inisiasi, tahu juga. Jadi bagi anda, hanya suatu peringatan. Tapi anda minta saya bercakap dengan dunia. Saya buat begitu. Saya masih buat begitu dalam petua saya dalam sesetengah berita, komen berita harian atau bocorkan rahsia dan lain-lain walaupun ini datangkan banyak kesan kpd saya – habiskan tenaga saya, habiskan khazanah spiritual saya kerana saya perlu langsaikan karma pembocoran. Salah satu sebab Tuhan tidak mahu saya bercakap lagi adalah kerana saya bocorkan perkara yang saya tidak harus tetapi saya tak tahan. Jika saya lebih lemah, saya akan bocorkan jauh lebih banyak lagi perkara dan barangkali saya akan dilarang selama-lamanya, atau sesuatu mungkin berlaku kepada Supreme Master Television atau nyawa saya.

Sekarang saya hanya dirompak sejumlah wang oleh bank atau dengan sebab lain. Wang ini bukanlah untuk saya. Saya tak perlukan banyak untuk hidup. Saya tahu bagaimana hidup sederhana dan jimatkan kos. Saya tak perlukan rumah besar atau apa-apa untuk didiami. Saya tak perlukan kereta mewah untuk dipandu. Saya tetap dirompak oleh undang-undang buta atau sesuatu alasan. Saya masih berfikir di mana lagi saya boleh dapatkan ashram yang baik untuk anda tetapi saya perlu tanya Tuhan juga tentang itu. Apa-apa wang yang saya peroleh, saya tidak anggap sebagai wang saya. Itu wang Tuhan, jadi saya perlu minta izin. Walaupun saya dalam Triniti, saya hanyalah sebahagian daripadanya. Tuhan Yang Maha Berkuasa ialah Sumber Terbesar segala Kebaikan, segala Berkat, segala Rahmat, segala Izin.

Tuhan sudah kurniakan keamanan dan kehidupan selesa, penuh belas kasihan di Bumi kepada kita tetapi segala peperangan yang berlaku secara berterusan di dunia kita telah bina tembok yang kukuh, tak dapat dipecahkan di sekeliling hidup kita, di sekeliling dunia supaya keamanan tidak dapat turun dengan senangnya. Sebahagiannya menitis ke bawah, dah tentu, jadi kita ada banyak inisiatif dan tindakan damai yang dijalankan di seluruh dunia, cuma masih ada lebih banyak lagi peperangan yang meletus dan hampir berlaku disebabkan terlalu banyak karma bunuh di dunia. Kita memutuskan diri daripada Rahmat Tuhan kecuali mereka yang saya inisiasi ke dalam Kaedah Quan Yin. Kebanyakan orang tak nampak Syurga, tak dengar apa-apa pun dari Syurga dan tidak meningkatkan standard moral mereka. Banyak orang masih semakin merosot, menghancurkan diri dan peluang untuk kembali ke Kebenaran, ke alam Benar, ke rumah agam yang Tuhan bina untuk kita.

Kita perlu berubah dan itu begitu senang. Tidak bunuh darah daging sendiri dan orang lain lagi. Tidak bunuh rakan haiwan, penghuni bersama di planet ini lagi, maka segalanya akan baik-baik saja, sempurna, ceria dan bahagia, hampir seperti di Syurga. Saya janji kepada anda dengan segala kehormatan, keikhlasan & kejujuran saya.

Anda, anak murid, minta saya beritahu orang, beritahu pemimpin – mereka akan dengar. Itu apa yang saya harapkan selama hampir empat dekad tetapi tak banyak yang berlaku. Kita ada anak murid, dah tentu, tetapi berbanding dengan populasi dunia, bilangannya sangat sedikit, sangat minimum mengikut pengiraan saya. Bukanlah saya tak nak jaga orang-orang ini tetapi mereka menolak. Mereka pergi ke arah yang bertentangan. Menarik mereka balik adalah mustahil. Mereka perlu memutuskan untuk kembali ke jalan bermoral. Mereka perlu sendiri berpatah balik kerana dalam hati mereka, mereka tahu akannya. Saya tak dapat faham untuk mereka. Saya tak dapat memutuskan utk mereka. Saya hanya boleh beritahu mereka dengan cara-cara yg berlainan dan juga...

Maafkan saya. Cuaca menjadi lebih sejuk sejak beberapa hari lalu, jadi saya batuk lagi tetapi saya tak apa-apa. Saya akan pulih semula tak lama lagi. Jangan risau. Anda jangan risau. Tadi saya batuk kerana saya duduk di luar khemah. Saya rasa hari ini tidak berangin dan tidak begitu sejuk seperti beberapa hari yang lalu tetapi tetap pengaruhi saya. Jika terlalu sejuk, pernafasan akan macam menggaru peparu kita dan buat kita rasa sakit sikit. Jadi sekarang saya sudah balik ke dalam khemah dan takkan batuk lagi. Jadi maaf kerana buat anda risau. Jika anda begitu, janganlah. Okey? Saya dah banyak pulih dari banyak segi. Saya terkejut juga, hanya masalah kecil yang berlaku setiap hari tetapi itu pengorbanan yang perlu dibuat.

Saya hanya tanya pemimpin yang paling berkuasa di dunia, pemimpin sekular, duniawi dan kononnya pemimpin agama: Meskipun anda tidak memahamai karma, meskipun anda baca Bible dan kitab dengan telinga, mata tertutup, berpura-pura tak nampak bahagian kehidupan berbelas kasihan ini, berpura-pura anda tak tahu bahawa karma wujud, namun anda mesti tahu, jika anda diperlakukan sebagaimana anda perlakukan makhluk lain, anda akan rasa macam mana? Anda akan rasa macam mana jika anda bayi tak memudaratkan, tak berdaya di dalam rahim tapi dikoyak-koyakkan menjadi cebisan dengan ubat pengguguran atau dikorek keluar cebisan demi cebisan dengan alat perubatan atau alami kesakitan yang menyeksakan disebabkan oleh pil bunuh, pil pengguguran? Anda akan rasa macam mana? Takkankah anda rasa takut dan sakit? Saya tak dapat gambarkannya. Anda tahu akannya. Letaklah diri anda di kedudukan janin, bayi, maka anda akan mengetahuinya.

Photo Caption: “Menyambut HIDUP dengan Semangat dan Kesyukuran”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-02-12
955 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-02-12
380 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-02-12
905 Tontonan
Pertunjukan
2026-02-12
458 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-02-11
894 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-02-11
498 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-02-11
1163 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun