Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Keberhargaan Badan Manusia, Bahagian 7 daripada 8

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Bagi Kaedah sebenar untuk mencapai makrifat dan pembebasan dalam satu hayat, anda perlu nampak Cahaya (Syurga dalaman), perlu dengar ajaran Buddha (Syurga dalaman). Mereka panggilnya ‘Arus’ dari Alam Tinggi yang berada di dalam badan anda juga tetapi anda perlu bersambung semula dengan Kuasa Alam Tinggi Alam Semesta. Jika tidak, anda boleh duduk selama-lamanya seperti pelajar Guru Zen yang sentiasa duduk saja itu dan Guru pergi menunjukkan kepada dia bahawa menggilap bata tak dapat membuatnya menjadi cermin. Jadi apa-apa pun yang anda nak amalkan, teruskan saja dengan meditasi Quan Yin yang merupakan hubungan langsung dengan Kuasa Alam Semesta, dengan Alam Buddha di semua arah, dengan Kediaman Syurga Tuhan.

Jangan berasa megah dengan itu juga. Jika anda memperbaiki diri setiap hari, menjadi semakin bermakrifat, maka bergembiralah, bersyukur. Bersyukur kpd Tuhan, berterima kasih kpd semua Guru dan Buddha yang berkati anda dan bantu anda memperoleh jalan pintas meditasi itu dlm hidup anda, atas Berkat Mereka untuk lindungi anda, atas anda juga dapat beramal dan memberkati diri sendiri dan dunia sampai tahap tertentu pada masa yang sama. Sentiasa berterima kasih, rendah diri. Macam itulah.

Anda mesti ada seorang guru untuk mengajar anda kaedah yang betul, dan anda mesti beramal dengan betul, rajin. Itu saja. Apa-apa yang lain, kurang penting. Apa-apa yang anda pakai, tak mengapa. Anda tak pakai, tak mengapa. Cuma jangan tunjukkannya di sesetengah negara di khalayak ramai. India adalah berbeza. Mereka akan mengenal pengamal. Bukanlah sesiapa pun boleh tanggalkan pakaian lalu pergi berjalan ‘bloom, bloom’ di jalanan. Polis akan datang dan dgn hormat bawa anda ke sesuatu tempat. Anda tahu mana. Begitu juga, seperti di banyak negara Barat, mereka tidak benarkan itu. India adalah berbeza. Tolonglah. Jadi apa-apa yang anda pakai atau tak pakai tidak berkaitan dengan makrifat anda. Berapa kali anda makan tidak berkaitan dengan makrifat anda. Teruslah amalkan kaedah yang memakrifatkan ini. Itu penting. Dan tidak bercakap besar tentangnya.

Sebab itu biasanya saya beritahu orang supaya tak beritahu pengalaman dalaman kepada orang luar atau ahli keluarga pun. Hanya kadangkala, sekali-sekala anda menulisnya dalam Kata-kata Hati, atau sekali-sekala anda tak tahan nak merahsiakannya, tak mengapa, tetapi bukan setiap hari atau sering pergi bercakap besar kepada orang, “Oh, saya telah capai alam spiritual makrifat itu! Saya nampak itu. Saya nampak ini.” Sebab itu saya beritahu anda spy jangan. Rahsiakannya. Saya juga merahsiakannya, banyak daripadanya. Banyak. Hanya jika kadangkala benar-benar perlu, maka saya sebut beberapanya. Jika tidak, lebih baik berdiam supaya ego anda tidak dikembungkan oleh orang lain dan mereka tersalah anggap bahawa anda telah capai peringkat Buddha atau anda ialah Guru tertinggi di dunia, kemudian mereka memuji anda, buat ego anda mengembung, kemudian habislah anda. Itu satu kesannya. Satu lagi kesan ialah orang lain mungkin berfikir anda berbohong atau mungkin cemburui anda dan akan cuba memudaratkan anda dengan banyak cara. Sebab itulah nasib Guru, Guru sebenar, memang sangat buruk.

Jika Nabi Isa tidak keluar untuk mengajar orang di khalayak ramai, maka Baginda tak perlu mati pada salib. Jika Buddha tidak membuat diri-Nya menjadi Guru di khalayak ramai kerana belas kasihan, Baginda takkan dicederakan begitu banyak kali, kehilangan jari kaki atau berlapar selama tiga bulan pada suatu kali, macam itu. Dan banyak Guru yang lain, anda sebut saja, anda baca sejarah Mereka, Mereka menderita tanpa penghujung: diracun, digoreng hidup-hidup, digantung atau dipancung kepala, segala jenis kejadian yang berlaku kpd mana-mana Guru pada masa dahulu. Hanya disebabkan oleh belas kasihan, Mereka keluar untuk mengajar orang ramai. Sebab itulah Mereka perlu begitu banyak menahan segala akibat, penderitaan ini.

Sebab itulah anda rahsiakannya. Jika anda ada kebijaksanaan spt Buddha, maka anda ialah Buddha. Jika anda ada Kuasa seperti Buddha dan dapat beri pembebasan kepada makhluk lain, maka anda ialah Buddha. Jika tidak, tidak kira apa yang anda buat, anda bukan Buddha. Ingatlah akan itu, kalau-kalau saya dah tiada lagi untuk mengingatkan anda. Ingatlah. Merendah diri, bersenyap, rajin beramal.

Sesetengah daripada anda nak menjadi biksu dalam kumpulan kita sekali lagi. Dah lama saya beritahu anda bahawa kita tidak menerima biksu atau biksuni lagi. Tidak perlu. Anda hanya ada impian dan aspirasi mulia itu dalam fikiran, terus hidup di dunia dan cuba menyebarkan Kebenaran, cuba galakkan orang supaya jalani kehidupan mulia, berbelas kasihan. Itu dah pun menjadi biksu. Jika anda hidup dalam komuniti biksu tetapi tidak buat apa-apa pun yang membantu dunia untuk naikkan semangat orang dan bantu mereka mencari pembebasan, maka anda bukan biksu sama sekali. Jubah tidak buat anda menjadi biksu.

Kalau-kalau anda tak tahu, dulu kita ada lebih 500 orang biksu di ashram saya, kemudian secara perlahan-lahan bilangannya berkurangan kerana mungkin tidak sesuai bagi sesetengah orang. Yang paling tidak sesuai ialah mereka ada isu jantina. Bukanlah oleh sebab anda ialah gay atau lesbian, anda tak boleh jalankan amalan spiritual, bukan macam itu, cuma dalam komuniti biksu, kita tinggal bersama dengan dekat sekali. Dlm keadaan saya, kami ada satu gunung untuk biksu dan satu lagi gunung untuk saya dan biksuni. Macam itulah. Tetapi dalam komuniti biksuni, tetap ada kesusahan. Itu berlaku. Beberapa isu timbul. Jadi kemudiannya kami perlu asingkan: biksu dan biksuni sebenar tinggal di sana dan yang selebihnya terus beramal di rumah.

Kerana jika mereka ialah lesbian dan biksuni – pada masa itu kami malah perlu tidur dengan dua orang di dalam satu khemah kadangkala – maka menyusahkan sikit. Sebab itu jika anda nak tahu, salah satu rukun, peraturan dalam kumpulan biksu Buddha ialah mereka tanya kita sama ada kita ialah, contohnya homoseksual atau bukan. Kerana jika kita ialah itu, maka kita tak boleh sertai kumpulan biksu di bawah zaman dan bimbingan Buddha ini. Hari ini, pada zaman moden, masih begitu juga. Mereka masih ada rukun itu. Bukan kerana Buddha berdiskriminasi tetapi situasi itu menyusahkan. Jika seorang lelaki, seperti homoseksual, tidur bersama biksu lain yang merupakan lelaki normal, maka mungkin menyusahkan. Itu saja.

Jadi kalau-kalau anda berfikir nak menjadi biksu dan biksuni dalam kumpulan saya, kita tak perlukannya lagi. Kedua, jika anda nak menjadi biksu di luar dalam komuniti agama Buddha yang lain, berfikirlah baik-baik dan memeriksa diri. Ini kerana kadangkala bukanlah biksu atau biksuni berbohong tentang orientasi seksual mereka atau apa-apa, cuma kadangkala mereka tidak tahu terlebih dahulu sehingga mereka masuk, kemudian kejadian berlaku. Jadi anda perlu betul-betul memeriksa, betul-betul memeriksa diri dan jangan menuduh sesiapa yang lain. Pertama sekali, menuduh diri sendiri untuk memeriksa segalanya tentang diri anda, bukan memeriksa sesiapa yang lain.

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (7/8)
1
2024-06-28
15890 Tontonan
2
2024-06-29
10135 Tontonan
3
2024-06-30
9398 Tontonan
4
2024-07-01
9174 Tontonan
5
2024-07-02
8110 Tontonan
6
2024-07-03
7606 Tontonan
7
2024-07-04
7221 Tontonan
8
2024-07-05
7041 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android