Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Visits to Hell, Part 10 – Witness of Master putting special magnetic field in the black hole to rescue repentant souls out of hell

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Salam hormat tertinggi kepada Guru. Nama saya Ngọc Huyền. Saya dilahirkan pada 26 Mei 1986 dan menerima inisiasi pada 16 September 2001 di pusat meditasi Bảo Lộc. Baru-baru ini, saya telah menerima hadiah Guru, bersedia untuk hari kelahiran bayi saya. Saya ingin ucap terima kasih kpd Guru kerana menjaga saya di dalam dan di luar dari segi rohani dan fizikal dan saya sentiasa rasai berkat daripada Guru.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi dengan Guru pengalaman dalaman saya. Sewaktu dalam persidangan dengan pasukan Supreme Master Television pada 15 April 2021, Guru bercakap tentang lubang hitam M87 dan cahaya keemasan.

“Jalur keemasan itu ialah benda baharu. (Oh!) Tak begitu baharu tapi ia ditemui baru-baru ini saja. Itu suatu jalur, sebenarnya lebih diperkukuh. Ini ialah jalan menyelamat bagi roh dari neraka. (Wau!) Ia merupakan arena menyelamat. Medan magnet istimewa utk menyelamat dan membatu orang di neraka. (Wau!) Tanpa itu, tiada orang yang terlepas. Tiada apa-apa yang boleh terlepas dari kuasa lohong hitam. (Wau!) Apa-apa yang masuk ke dalam sana akan berada di dalam sana. Jadi perlu ada lingkaran imbang ini, separuh lingkaran atau jalur, separuh jalan, untuk mengimbang balas kuasa lohong hitam. Kerana lohong hitam ialah neraka.”

Ketika bermeditasi, saya ternampak diri saya berdiri di atas lubang hitam itu dan melafazkan nama Guru, Tim Qo Tu. Lepas seketika, saya ternampak makhluk dari lubang hitam itu menaik ke atas mengikut cahaya kuning.

Apabila mereka dinaikkan dari sana, saya beritahu mereka supaya bertaubat kepada Tim Qo Tu kerana Kasih Sayang Guru tidak terbatas. Guru ialah Dewata Semua Alam Yang Dikasihi. Saya nampak mereka bertaubat dan memancarkan cahaya.

Saya juga nampak pintu terbuka untuk biar mereka masuk ke dalam bilik yang disediakan bagi mereka tinggal untuk suatu tempoh masa.

“Jadi saya pun bekerja bersama Syurga untuk letak kawasan menyelamat di sana, seperti kem pelarian (Wau!) di luar lohong hitam. Itu untuk makhluk neraka, sesiapa saja yang boleh hanya satu nanosaat ingat akan Tuhan atau Santo, atau bertaubat, atau meminta tolong. Maka kita boleh gunakan rakit itu untuk menaikkan mereka ke kawasan itu. (Terima kasih, Guru.) Kemudian perlahan-lahan, dah tentu, menaikkan mereka ke kawasan Syurga yang lebih tinggi.

Tanpa Syurga yang lebih tinggi pun, mereka akan rasa selesa. Contohnya, saya panggilnya Syurga neraka, Syurga yang saya cipta untuk syaitan ghairah yang bertaubat. (Ya, Guru.) Mereka di antara Peringkat Ketiga dan Keempat, di zon penampan ini. Tapi ini bermakna mereka berada di luar Tiga Alam. Mereka telah dibebaskan.”

Lepas seketika, saya ternampak banyak planet seperti Bumi kita tetapi tidak seindah. Pada masa itu, saya ternampak dua malaikat besar yang bersayap berdiri di kedua-dua belah saya. Salah satu daripada mereka memegang kendi nektar.

Saya mencari untuk seketika, kemudian memilih sebuah planet. Saya menuang nektar ke atas planet terpilih itu dan ia mula berubah menjadi hidup. Planet itu sedang disediakan untuk menerima roh yang telah bertaubat. Saya tidak tahu kata-kata untuk gambarkan bagaimana Guru sentiasa berbelas kasihan dan pengampun terhadap semua makhluk disebabkan oleh Kasih Sayang dan dan belas kasihan Guru yang tak terbatas.

Saya amat berterima kasih kepada Guru dan mengucapkan semoga Guru sihat selalu. Semoga Syurga dan Dewa-dewi yang berkuasa sentiasa melindungi Guru serta misi mulia dan suci Guru di Bumi ini. Anak murid, Ngọc Huyền

Kesan sampingan vegan: Neraka akan gagal mencari anda.

Vegan: visa anda untuk neraka luput selama-lamanya

Setiap anak murid Guru ada pengalaman spiritual dalaman dan/atau berkat duniawi luaran yang sama, berbeza atau lebih banyak. Ini hanyalah beberapa contoh. Biasanya kami tidak mendedahkannya, mengikut nasihat Guru.

Untuk menyaksikan dan muat turun lebih banyak testimoni, sila kunjungi SupremeMasterTV.com/to-heaven
Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (10/12)
2
2021-05-24
13357 Tontonan
4
2021-05-24
12030 Tontonan
12
2023-10-19
3655 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android