Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Semoga Orang Muhsin Menang, Bahagian 3 daripada 6

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

( Apa yang akan berlaku jika En. Biden menjadi Presiden? ) Apa yang akan berlaku? Ini sangat sukar nak kata dengan tepat. Tapi Amerika akan hilang kepercayaan daripada komuniti antarabangsa. (Oh, wau!)

Kamu tanya saya mengapa beliau ada personaliti sebegini. (Ya.) Saya beritahu kamu sesuatu tentang pengaruh fizikal dulu. Okey? (Ya.) Ada tiga sebab beliau ada personaliti yang orang tak suka. Kerana beliau bercakap dengan lurus. Beliau tak bercakap karut. (Ya.) Beliau juga melakukan kerja tak seperti yang akan ahli politik konvensional lakukan. Okey? (Ya, Guru.) Meskipun ia membantu negara dan dunia.

Ada tiga sebab beliau ada personaliti sebegini. Pertama, latar belakangnya. Beliau seorang Amerika. (Ya.) Kamu tahu filem Amerika, ‘Budaya’. Ya? (Ya, Guru.) Apa-apa pun dipaparkan pada skrin. Segala jenis sumpah seranah, segala jenis slanga dan segala jenis itu, dia membesar dengannya. (Benar. Ya.) Kemudian pengaruh rakan sebaya. Mereka semua becakap macam itu atau kebanyakan drpd mereka katakannya atau banyak pelajar mengeluarkan kata-kata macam itu. Atau kanak-kanak pun katakannya. Budak kecil sudah mengeluarkan kata-kata sebegini sepanjang masa. Faham apa yang saya katakan? (Ya, Guru.) Memanggil nama julukan, menilai dan sebagainya. Jadi dia menjadi biasa dengannya. Bukan? (Ya.) Ia keluar dengan sendirinya. Ya?

Ketika saya di Amerika, kadangkala sesuatu keluar dari mulut. Saya sendiri pun terkejut. Kerana saya takkan... hingga sekarang, tak berani katakan itu dalam bahasa Âu Lạc (Vietnam) atau Cina. Faham apa yang saya katakan? (Ya, Guru.) Apabila saya katakan itu, itu dah keterlaluan. Tapi ketika saya di Amerika, saya boleh mengatakan sesuatu yang tak terlalu buruk tapi cukup buruk bagi saya dalam bahasa Inggeris. Ya? (Ya.) Dahsyatnya. Saya boleh katakannya dlm bahasa Inggeris kerana dah begitu biasa dengannya. Tapi saya tak dapat katakannya dalam bahasa saya sendiri atau bahasa Cina. Faham? (Ya, Guru.) Saya boleh katakan itu dalam bahasa Jerman juga atau dalam bahasa Perancis. Maaf. Kadangkala dengan perkataan ‘M’ dalam bahasa Perancis. (Ya.) (Ya.) Tapi bukanlah setiap hari atau kerap. Hanya keadaan tertentu, ia keluar dengan sendirinya. Ia terkeluar dari mulut saya. Ia tersemat dalam diri kita, setiap hari mendengarnya atau sering mendengarnya, kemudian ia terkeluar suatu hari.

Jadi itu latar belakang. (Ya, Guru.) Terpengaruh oleh segala filem, segala budaya dan segala masyarakat Amerika. (Ya.) Jadi kita tak boleh menyalahkan satu orang saja kerana beliau tak dilahirkan dalam arena politik. (Ya, Guru.) Beliau seorang peniaga. (Ya.) Walau bagaimanapun, mereka memilihnya sebagai calon presiden. Jadi beliau perlu lakukannya. Beliau tak terlatih sebagai ahli politik profesional. (Ya, Guru.) Jika kita menyertai parti sejak muda lagi dan terlatih sebagai ahli politik, dan kita ada agenda atau motivasi politik, (Ya.) kita akan cuba belajar seperti semua orang yang lain. Bercakap dengan lembut, cuba tak menyinggung perasaan orang. Sentiasa di sebelah lemah lembut dan sebagainya. (Ya, Guru.) Tapi tiada undang-undang di Amerika yang menyatakan bahawa Presiden, ahli politik, harus lebih berbeza sikit daripada orang lain. Banyak daripada mereka tak berbeza. Kita dapat lihat mereka menerima rasuah, korup dan... Faham maksud saya? (Ya, Guru.) Jadi hanya sedikit kata-kata kasar tak maksudkan apa-apa. Itu bukan jenayah. Apabila beliau keluarkan kata-kata kasar yang semua orang katakan setiap hari, itu bukan jenayah, hanya personaliti, (Ya.) hanya tabiat. Begitu pun, dah tentu, adalah lebih baik jika beliau belajar menjadi seorang diplomat. (Ya.) Tapi undang-undang Amerika tak menetapkan bahawa Presiden perlu bercakap seperti seorang diplomat. Tiada undang-undang yang nyatakan itu, kan? (Benar.) (Tiada.) Dan tiada undang-undang yang melarang presiden mengeluarkan kata-kata seperti yang orang lain katakan di luar. (Tiada, Guru.) Saya tak rasa undang-undang macam itu. Peguam kamu yang beritahu saya. (Tiada, Guru.) Ya atau tidak? (Tidak.) Tidak, dah tentu, orang harapkan itu atau mungkin lebih suka macam itu. Dah tentu, kita semua lebih suka orang bermulut manis. Tapi ini tak bermakna kata-kata manis ialah asas orang yang baik. (Ya, Guru.) Jadi orang tak suka beliau disebabkan itu, mungkin. Ada seseorang yang kata begitu dalam akhbar atau berita yang saya baca.

Sekarang, kedua. Kedua ialah kekecewaan. (Ya.) Berada dalam kedudukannya, kita dapat lihat beliau akan berapa kecewa. (Ya, Guru.) Beliau pasti begitu. (Ya.) Kerana kita dapat lihat Mahkamah Agung pun tak dengar kata-kata Presiden. (Ya.) Belum kata lagi beliau juga salah seorang warga yang berhak untuk menuntut apa yang beliau percaya baik. (Ya, Guru.) Dan apa yang beliau percaya tak betul, khususnya apabila ia berkaitan dengan nasib seluruh negara (Benar. Ya, Guru.) dan juga hal ehwal antarabangsa. Jadi barangkali beliau mengeluarkan sedikit kata-kata (Ya.) yang tak harus dikatakan, mungkin. Saya tak pernah dengarnya. Tetapi media memanggil nama julukannya juga. Saya terbaca itu. Dulu saya sangat suka berita salah satu saluran televisyen utama. (Ya, Guru.) Saya tak kerap menyaksikannya tetapi apabila saya menyaksikannya, saya menyaksikan itu. (Ya, Guru.) Seorang wartawan kegemaran, pemberita utama, pemberita senior memanggil Presidennya dengan nama julukan. (Wau!) (Ya.) Apa kaitannya itu dengan keupayaannya sebagai Presiden? Begitu pun, beliau seorang Presiden. (Ya.) Kita harus menghormati kedudukannya, gelarannya kerana beliau mewakili perlembagaan, demokrasi negara kamu, kemuliaan negara kamu. (Ya.) Kita memanggilnya dengan nama julukan, ini menunjukkan tahap personaliti kita sendiri yang rendah. (Ya, Guru.) Saya tak bersetuju dengan itu. Jadi sebelum mereka mengkritik personaliti Presiden, mereka harus melihat balik (Ya, Guru.) personaliti mereka sendiri. Jadi sangat mengecewakan bagi seorang Presiden bekerja dengan segala jenis ego, orang yang bermulut buruk dan pengkritik macam itu. (Ya.) Dan tak mempedulikan segala perbuatan baik yang dibuatnya. (Ya.) Beliau pasti rasa sangat kecewa. Beliau tak berfikir nak bertanding untuk penggal kedua pun. (Oh!) Beliau kata beliau tak ingat mengapa beliau perlu bertanding untuk kali kedua, ini bermakna beliau tak nak. Faham apa yang saya katakan? (Ya.) Tapi dah tentu, partinya menggesa beliau dan orang lain, pengikut, penyokongnya dan orang baik serta memikirkan perkara yang perlu dibuatnya untuk negaranya, untuk dunia, jadi beliau terus bertanding untuk Presiden buat kali kedua. (Ya, Guru.)

Tapi keadaan menjadi macam ini dengan mesin. Kamu tahu, begitu senang nak menipu dengan mesin. (Ya, Guru.) Mereka buat segala-galanya dengan komputer, apalagi jenis mesin lain yang tak diketahui oleh semua orang yang lain. (Ya, Guru.) Dan mesin itu, khabarnya sudah... Dalam berita, ia nyatakan bahawa ia direka bentuk supaya kita dapat main dengannya dan menipu. (Oh, wau!) Ia direka bentuk dengan senjaga dan juga ada reputasi buruk di negara lain dengan membolehkan... (Menggodam.) Huh? (Menggodam dan...) Ya, menggodam, mengubah atau buat apa-apa saja yang kita mahu. (Ya, Guru.) Kita hanya perlu tahu teknologinya. Saya tak tahu sebarang teknologi. Saya tak dapat mengendalikan komputer saya pun. Kamu tahu semua itu. Tapi banyak orang berteknologi tinggi. (Ya, Guru.) Begitu berteknologi tinggi. Kita sudah pergi ke Bulan dan Marikh atau Zuhrah seterusnya. Faham apa yang saya katakan? (Ya, Guru.) Dan kita dah dapat lihat tempat sejauh beratus-ratus juta tahun cahaya, planet-planet lain, galaksi-galaksi lain. (Ya.) Mengubah mesin mungkin kacang saja bagi orang berteknologi tinggi, kan? (Benar.) Jika mereka dah berniat utk buat begitu, mereka boleh. (Ya.) Kita juga boleh kira lebih banyak, boleh kira kurang... tiada orang di sana untuk benar-benar memeriksa kita, kan? (Ya.) meskipun memeriksa, mereka tak pergi lihat apa yang kita tulis dan apa yang kita buat di sebelah kita, kan? Mereka hanya duduk sejauh enam meter atau sesuatu dan kadangkala tak dibenarkan duduk begitu dekat pun untuk memerhatikan pilihan raya. Pengiraan atau sistem pengundian. (Ya.) Itu saja menurut akhbar kamu, ya, segala berita buruk. Tapi itu benar juga.

Satu lagi yang lebih penting ialah kontraknya sebelum beliau turun ke dunia ini. Masih ingat saya beritahu kamu bahawa saya perlu tandatangani kontrak juga (Ya, Guru.) sebelum datang ke dunia ini. Perkara ini dan itu saya tak boleh buat. (Ya.) Saya tak boleh gunakan kuasa ajaib dan tak boleh dengan ketara gunakan kuasa untuk sembuhkan orang, misalnya macam itu. (Ya, Guru.) Kerana kalau begitu semua orang akan mengikut saya. (Ya.) Melainkan fenomena semula jadi yang keluar dari diri saya, memancar dari diri saya atau bersinar dari diri saya, saya tak boleh sengaja menunjukkan sebarang kuasa atau keajaiban saya atau apa-apa macam itu untuk menggoda orang. (Ya.) Kamu tahu semua itu. (Ya.) Jadi sama juga. Beliau telah ditakdirkan untuk membuat apa yang sangat baik kepada negaranya dan dunia. Jadi beliau telah menandatangani kontrak. (Ya, Guru.) Beliau tak boleh kelihatan terlalu sempurna di luar. Faham apa yang saya katakan? (Oh!) Dan bercakap dengan lembut seperti seorang diplomat. (Ya, Guru.) Seumpamanya. Itu mungkin salah satu pengorbanan yang perlu dibuatnya. Faham? (Ya.) (Faham.) Supaya ahli keluarganya, satu atau dua daripada mereka menentangnya. Dan juga kekecewaan bekerja bersama banyak orang yang tidak serasi, tidak cekap juga atau tiada impian yang sama. (Ya, Guru.) Seperti beliau berusaha untuk keamanan tetapi Setiausaha Pertahanannya ingin mengebom semua orang. Itu apa yang dikatakannya. (Ya, Guru.) Dia hanya nak mengebom semua orang, misalnya macam itu. Sangat mengecewakan. Ya? (Ya, Guru.)

Bagi COVID-19 pun, hatinya beritahunya bahawa orang harus memakai pelitup muka tetapi pegawai tertinggi, kedudukan tertinggi dalam nasihat perubatan di negara itu, Dr. Fauci memberitahunya, “Tak perlu.” Faham apa yang saya katakan? (Ya, Guru.) Kemudian Dr. Fauci banyak dipuji. Mereka malah menetapkan satu hari di Washington DC untuknya, dipanggil Hari Dr. Fauci, satu hari. (Wau!) Hari pertama sesuatu, saya tak begitu meminati ini, jadi tak berapa ingat. Kamu boleh meninjau. (Ya, Guru.) Juga berkata bahawa kita harus lebih risau tentang selesema, selesema biasa yang kita dah ada sebelumnya? (Ya, Guru.) Dia berkata macam itu!

( Dr. Fauci: Jadi sekarang jangan risau tentangnya, lebih risau tentang influenza yang memasuki puncak kedua musim ini, daripada koronavirus... )

Menurut semua akhbar, mereka memetik kata-katanya bahawa kita harus lebih risau tentang selesema daripada virus kecil ini. (Ya.) Ya, nampak tak? (Ya, Guru.) Ya!

( Interviewer: Saya lihat semua laporan ini tentang koronavirus, haruskah saya pakai pelitup muka? Dr Fauci: Tidak sama sekali. Maksud saya, tiada sebab bagi sesiapa sekarang di Amerika Syarikat atas sebab koronavirus memakai pelitup muka. )

Jadi ini bermakna dia menawarkan hati Presiden. Presiden sudah mengarahkan sangat banyak pelitup muka diberikan kepada semua orang! Kemudian dia berkata macam itu! (Ya.) Itu juga memperdaya En. Presiden dan buatnya sakit! Beliau dan seluruh keluarganya jatuh sakit kerana mempercayai Dr. Fauci berkata itu hal remeh saja. (Oh!) Dr. Fauci berkata COVID-19 ialah hal remeh saja, hanyalah virus. Selesema lagi merisaukan. Faham apa yang saya katakan? (Ya, Guru.) Tapi selesema, orang sudah biasa dengannya dan tak banyak lagi, jadi jika dia beritahu En. Presiden bahawa ia tak seteruk selesema, dah tentu, beliau tak pakai pelitup muka. Beliau tak nak buat apa-apa lagi. (Ya, Guru.) Sehingga kemudiannya beliau lihat ia sangat teruk! Kemudian beliau perlu mencurahkan usaha peribadi untuk menandatangani banyak wang untuk syarikat membuat menyelidikan vaksin. (Ya, Guru.) Semua orang beritahunya, berkata bahawa ia mengambil masa lima, enam, tujuh tahun atau lebih lama. Ya? (Ya, Guru.) Beliau buatnya dalam lima, enam, tujuh bulan! (Ya.) Tiada orang yang banyak memujinya! Kamu ada nampak pujian tak? Apa-apa? Tidak. (Tidak.) Kamu nampak mana-mana akhbar cetak, “Oh, syabas, En. Presiden!” Tidak! Ya? (Ya, Guru.) Oh, tidak! Mungkin satu atau dua. Hanya kata, “Ini sangat bagus.” Hanya kata, “Orang yang baik,” macam itu. (Ya.) Alahai! Saya kecewa juga walaupun saya bukan Presiden. Saya rasa begitu kecewa dengan orang adalah macam itu!

Orang baik seperti Presiden Trump, orang cuba meminggirkannya. (Ya, Guru.) Tapi seseorang yang terlibat dalam rasuah dan penipuan mahu kita mengundi untuknya. Faham apa yang saya katakan? (Ya, Guru.) Terlibat dalam pengubahan wang haram atau apa-apa saja itu. Tapi dah tentu bukan beliau sendiri melakukannya, bekas timbalan presiden. (Ya, Guru.) (Ya.) Mungkin tidak, kerana mungkin mereka belum sampai tahap itu tetapi namanya ada di mana-mana saja. (Ya, Guru.) Dalam perniagaan, di pejabat perniagaan, dalam mesyuarat perniagaan dan segala-galanya, dan oleh sebab beliau ialah timbalan presiden, jadi anaknya ada perniagaan yang begitu menguntungkan tanpa membuat apa-apa. (Wau!) Memperoleh banyak juta dolar. Okey? (Ya, Guru.) (Ya.)

Pada zaman dahulu, saya tak tahu sama ada Amerika ada undang-undang macam itu sekarang tetapi pada zaman dahulu... kerana sekarang, sejak beberapa tahun yang lalu, China telah menjadi kononnya musuh Amerika. Faham apa yang saya katakan? (Ya, Guru.) Pesaing, musuh dan ancaman kepada Amerika. Itu apa yang mereka katakan hari ini. Saya baca dalam banyak akhbar. Jadi jika kita berpakat sulit, berjabat tangan dengan musuh, mereka akan mendakwa kita atas penderhakaan. (Ya.) Bukan sahaja pengubahan wang haram. (Ya, Guru.) Meskipun kita hanyalah suspek. Sebab itulah parti Perancis tidak mengundi En. Sarkozy. Kerana jika kita mengundi suspek, ini bermakna kita juga beri galakan atau kita ialah rakan subahat. Tapi di Amerika, terlalu bebas atau apa? (Ya.) Mereka terlalu tak menghargai kebebasan. Mereka tak tahu banyak negara yang lain. Apa-apa yang mereka buat macam itu atau cara mereka bercakap dengan presiden macam itu, mereka sudah dipenjarakan. Masa yang panjang. (Ya.) Meskipun mereka tak lakukannya secara terbuka, mereka akan cari alasan lain untuk memenjarakan kita kerana bercakap buruk tentang presiden. Faham apa yang saya katakan? (Ya, Guru.) Orang Amerika begitu dimanjakan. Begitu dimanjakan! Saya harap mereka terus menjaga kebebasan mereka kerana jika kita tidak menghargai apa-apa, ia akan dirampas daripada kita. (Ya. Benar tu.) Itu hukum Alam Semesta. Apa yang kita tak perlukan akan dirampas, apa yang kita tak hargai akan hilang. Suatu hari nanti. Sesuatu macam itu. Jadi saya harap kamu puas. Terima kasih kerana mempercayai saya. ( Terima kasih atas jawapan Guru. )

Dan kamu setuju dengan apa yang saya katakan? ( Saya memang setuju, Guru. ) Bagaimana dengan peguam itu? ( Ya, saya setuju. Setuju, Guru. ) Kamu rasa saya atakana apa-apa yang salah mengikut Undang-undang Amerika? ( Tidak, Guru. ) Agaknya macam itu, kan? ( Ya, Guru. ) Sesiapa yang mengundi atau menyebelahi suspek, biasanya undang-undang juga akan menyiasat mereka dalam banyak kes, di Amerika juga, kan? (Ya, Guru.) Kerana kita disyaki ialah rakan subahat. Ya? (Ya.) Mereka bersama dengan orang yang disyaki itu. Suspek belum bersalah (Ya.) sehingga terbukti tetapi dia tetap seorang suspek. Okey? (Ya, Guru.) Sebab itulah En. Sarkozy tak boleh diundi sebagai presiden lagi. Kerana orang tak nak mengundi suspek. (Ya.) Faham apa yang saya katakan? Sehingga dia didapati tak bersalah. (Ya.) Mungkin, jika dia tak bersalah. Ini bergantung kpd bagaimana situasinya, apa jenayah itu atau apa itu. Tetapi di Amerika, saya tak tahu sama ada itu dibenarkan. Jadi kamu tanya saya, saya juga tak tahu bagaimana jawab dengan betul. Maksud saya, 100%. (Ya.) Saya hanya boleh mengetawainya. Saya juga rasa sangat sedih pada masa yang sama. Okey? (Ya, Guru.) Kerana semua orang menyanjung Amerika sebagai contoh baik demokrasi, (Ya, Guru.) keadilan, perlindungan. Tapi mereka macam ini! Mereka tak melindungi orang muhsin dan baik, Presiden yang sangat baik, Presiden mereka sendiri yang telah terbukti memang wajar memegang jawatan ini, banyak kali lebih wajar. (Ya, Guru.)

( Apa yang akan berlaku jika En. Biden menjadi Presiden? ) Apa yang akan berlaku? Ini sangat sukar nak kata dengan tepat. Tapi Amerika akan hilang kepercayaan daripada komuniti antarabangsa. (Oh, wau!) Kerana tiada keadilan dan rasa hormat terhadap pemimpin tertinggi negara (Ya, Guru.) dan perbuatan sengaja menentangnya (Ya.) dengan banyak cara. Orang juga akan tidak mempercayai media utama. Itu apa yang saya risau. (Ya, Guru.) Saya harap tidak. Tapi ini terlalu ketara. Ini terlalu ketara. Jika sistem keadilan tak berfungsi, maka orang tak mempercayainya. (Ya, Guru.) Jika media tidak melaporkan hal sebenar, hanya laporkan berita palsu dan rencana terbias, maka orang tak mempercayai media. (Ya, Guru, faham.) Sangat mudah macam itu. (Ya, faham.) Jadi jika orang di Amerika juga tak dapat mempercayai sistem keadilannya, maka mana komuniti antarabangsa akan mempercayai Amerika. Faham apa yang saya katakan? (Ya, Guru.) Itu apa yang saya risau.

Ya, berharap segalanya baik. (Ya, Guru.) Baiklah. Kita berdoa untuk Presiden yang baik. (Ya, kita berdoa, Guru.) Saya masih lakukannya. Setiap kali. Setiap kali saya boleh. Itu saja yg boleh saya beritahu kamu. OK? (Terima kasih banyak-banyak, Guru.) (Terima kasih, Guru.) Sama-sama. Semoga Tuhan berkati Amerika. Semoga Tuhan keluarkan mereka dari keadaan kucar-kacir. Semoga orang muhsin menang supaya negara kamu akan terus terserlah, cemerlang sebagai sebuah negara demokratik yang baik, adil untuk semua negara di dunia teladani. (Ya, Guru. Terima kasih.) (Amin.)

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (3/6)
1
2021-01-02
10448 Tontonan
2
2021-01-03
7450 Tontonan
3
2021-01-04
11613 Tontonan
4
2021-01-05
6712 Tontonan
5
2021-01-06
6422 Tontonan
6
2021-01-07
5919 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android