Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Lawatan ke Neraka, Bahagian 7 – Menyaksikan Hukuman Dikenakan terhadap Orang yang Bekerja dalam Industri Daging dan Orang yang Suka Makan Daging

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Sekarang haiwan diseksa dengan cara yang sangat kejam dan alami kesakitan yang besar di ladang kilang ternakan dan rumah sembelih. Namun begitu, orang yang bekerja dalam industri daging tidak tahu apa yang akan roh mereka hadapi sebagai akibat mencari nafkah tanpa belas kasihan sepenuhnya.

Sewaktu bermeditasi baru-baru ini, Guru dalaman membawa saya dan seorang saudara dari China pergi ke neraka untuk menyaksikan hukuman yang dijatuhkan pada orang yang bekerja dalam industri daging dan orang yang suka makan daging. Kami perlu kembali dan menyampaikan pengalaman kami kepada semua orang.

Apabila kami tiba di neraka, Bodhisattva Ksitigarbha (Simpanan Tanah) terhormat membawa kami melawat beberapa tempat di neraka. Bodhisattva Ksitigarbha kelihatan sangat mulia dan suci - betul-betul seperti gambar yang dipaparkan di tokong.

Kami ternampak neraka menguliti orang hidup-hidup. Pesalah di sana, sewaktu di bumi, menguliti musang dan haiwan lain hidup-hidup. Jadi mereka perlu mengalami penderitaan yang sama ini di neraka. Mereka dikuliti sehingga menjadi badan yang berlumuran darah. Mereka mati dengan perlahan-lahan, kemudian badan mereka pulih dan mengalami seksaan dikuliti secara berulangan! Pesalah yang pernah bekerja di rumah sembelih digantung secara terbalik pada sebelah kaki mereka. Perut mereka dikelar buka dan isi perut ditarik keluar. Atau mereka menghentam kepala mereka dengan tukul besi hitam sepanjang dua meter sebelum mereka ditikam hingga mati. Sesetengahnya dicencang halus-halus dan dimasukkan ke dalam tin besar, sama seperti semasa membuat makanan anjing dalam tin. Sesetengahnya dipam gas ke dalam badan mereka sehingga tekanan terlalu tinggi dan mata terjojol! Ringkasnya, apa-apa cara orang di ladang kilang ternakan dan rumah sembelih menyeksa dan menyembelih haiwan, mereka akan mengalami perlakuan fizikal yang sama itu sewaktu di neraka tetapi akan banyak kali lebih menyeksakan.

Selain itu, apa-apa idea baharu yang ladang kilang ternakan dan rumah sembelih wujudkan untuk menyeksa dan membunuh haiwan, ia akan secara automatik menyebabkan neraka muncul dengan hukuman baharu yang sama itu. Memang menakutkan!

Orang yang makan daging atau tukang masak yang memasak daging untuk orang makan ialah rakan subahat pembunuhan. Mereka akan menerima hukuman yang menggerunkan juga! Contohnya, orang itu boleh dicucuk dengan batang besi yang panjang menembusi badannya dari mulut ke tulang koksiks, kemudian dipanggang seperti anak babi di atas rak panggang berputar. Atau mereka boleh dimasak, dicencang halus-halus dengan pisau gergasi dan diletakkan di atas tanah, seolah-olah itu daging ayam yang dihidangkan di atas meja makan. Badan sesetengah pesalah dikelar buka dan diratakan, kemudian corak halus diukir padanya dengan pisau - cara makanan laut seperti sotong atau cumi-cumi disediakan untuk dimakan.

Pemerhatian kami di sini boleh diringkaskan macam ini: CARA DAGING DIMASAK DI DAPUR BERITAHU KITA BAGAIMANA PEMAKAN DAGING AKAN MENDERITA DI NERAKA.

Tabiat buruk manusia memakan daging mengakibatkan kesakitan yang besar pada haiwan. Selera kita mungkin dipuaskan tetapi selepas meninggal dunia, kita akan jatuh ke neraka yang menggerunkan dan menerima segala jenis hukuman, neraka demi neraka dgn tak henti-henti. Bergantung kepada jenis daging yang kita makan, KITA AKAN MENGALAMI SEKSAAN SAMA YANG HAIWAN ITU ALAMI, tidak dapat terlepas untuk masa yang sangat panjang!

Jika orang sendiri nampaknya, satu kali saja pun, bagaimana pemakan daging dihukum di neraka, tiada orang yang berani makan daging lagi, tidak meskipun orang merayu kita supaya buat begitu! Dalam dunia hari ini, pemakanan daging secara berlebihan sudah menyebabkan segala jenis wabak dan bencana alam. Kami berharap orang akan segera beralih ke diet vegan!

ORANG DALAM INDUSTRI DAGING, SEGERA BERTAUBATLAH DAN CARI PEKERJAAN BAHARU SUPAYA ANDA SEMPAT SELAMATKAN DIRI DARIPADA PENDERITAAN DI NERAKA DAN SELAMATKAN PLANET INI DARIPADA MALAPETAKA!

Semoga Guru hidup ceria dan sejahtera, dan semoga hasrat Guru terhadap dunia vegan segera menjadi kenyataan!

Direkodkan bersama oleh Ji Kwang, seorang anak murid perempuan di China, dan Ling Hsin, seorang anak murid perempuan di Taiwan (Formosa)

Vegan: kerana tak dapat bayangkan jika kita diseksa.

Setiap anak murid Guru ada pengalaman spiritual dalaman dan/atau berkat duniawi luaran yang sama, berbeza atau lebih banyak. Ini hanyalah beberapa contoh. Biasanya kami tidak mendedahkannya, mengikut nasihat Guru.

Untuk butiran lanjut dan muat turun percuma, sila kunjungi SupremeMasterTV.com/to-heaven

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (7/12)
2
2021-05-24
13357 Tontonan
4
2021-05-24
12031 Tontonan
12
2023-10-19
3655 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android